Wednesday, March 9, 2011

PUDING SAGO

Dessert yang saya bawa ke sekolah hari ini untuk 'pot luck'... macam rasa dah lama tak buat puding ni.. sekali2 makan memang best.. di rumah ni klau dessert2 macam ni memang berkelajuan tinggi...

PUDING SAGO
Bahan-bahan
300 gm biji sago
Air secukupnnya untuk merebus
Santan ( saya guna santan kotak)
Air gula melaka/merah
Ketulan ais

Cara2
1. Didihkan air dalam periuk.. masukkan biji sago ..kacau sekali sekali...hingga masak..( bahagian putih dlm biji sagu semakin mengecil) dan jernih...kemudian tutup api .. biarkan sebentar atas dapur.. masa ni biji sagu akan terus masak n menjadi semakin jernih.
2. selepas 7- 8 minit... sendukkan 2-3 senduk biji sagu ke dalam penapis kelapa.. basuh biji sagu di paip air yg mengalir untuk membuang kanji2.. bilas dengan air bersih.. tuangkan dalam acuan n sejukkan dlm petiais..
3. Makan bersama air gula melaka , santan (akk guna santan kotak ayam brand) , ketulan air batu.. Selamat mencuba...

Tuesday, March 8, 2011

PIZZA

Dah lama berangan nak buat pizza ni.. hasil bertangguh dari ke hari ... jam hampir jam 10 mlm semalam dapatlah makan pizza panas fresh dari oven.. kali ni menggunakan resepi doh dari dapur AlongRoz HomeKreation dan bahan2 toping menggunakan stok yang ada di peti ais.. minta izin along CP resepi di sini yer.. utk rujukan akan datang dan tatapan kawan2 yg bertandang ke Inspirasiku.. terima kasih Along..
PIZZA
(Source: HomeKreation)
INGREDIENTS:
500g Plain Flour
260g Water
2 tbsp Sugar
11g Instant Yeast
1/2 tsp Salt
2 tbsp Olive Oil
For topping, see below

METHOD:
1. Mix all the ingredients in a mixer with dough hook until smooth.
Knead lightly with hand & rest until it doubled up.

2. Punch the dough & roll to fill pizza pan.
(I used 32" diameter pan & had some leftover dough which I turned into french roll).
Brush surface of dough with olive oil & bake for 10 min.

3. Spread tomato sauce on top of the pizza dough.
Top with canned spinach, big onion ring, capcicum, tuna, olives & mushrooms.
Lastly, sprinkle mozarella cheese on top.
(UNTUK TOPPING.. saya menggunakan capcicum, mushrooms n sosej yg direbus dahulu kemudian di potong2)..

4. Bake for 15-20 min at 180C until cheese is melted & crust at the edge is golden brown.

pizza versi 'square'.. rasa malas pulak nak mengeluarkan loyang2 bulat.. so sambar jer apa yg ada... saya tabur dengan sebungkus (250 gm) mozarella..
dah masak... melimpah2 mozarella cheese ... sangat yummyyyyyyyyy.....

Sunday, March 6, 2011

COFFEE SPONGE CAKE

Makan2 kek di petang hari.. kek yang agak mudah menyediakannya.. sukat2 n putar.. bakar .. melayan tekak adik ku yg nk makan mengalahkan org mengidam.. adik yg mengadun.. saya hanya remote control jer... resepi Sweet4ever di MYR.. mmg dah kerap menggunakan rspi ni.. hari ni memandai tukar perasa..

Kek Span Pandan

Sumber :MYRESEPI

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

· tepong super fine - 150 gram ( saya guna tepung gandum jer)

· gula kastor - 150 gram

· telor - 5 biji telor A

· ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar

· air daun pandan - 80ML ( saya tukar susu segar)

· minyak / mentega cair -80ML

· pes pandan - 5ML/ 1sudu teh ( saya guna coffee paste)

· serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh

· sedikit pewarna hijau [x] (saya letak 1st serbuk koko - utk warna .. klau tak letak pucat jer jadinya)

Cara-cara

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Saturday, March 5, 2011

DADIH PERASA ROS

Dadih berhias fruit koktail... memang sedap.. resepi oleh Lynn Sham yang di CP dari blog ain (Sweet thots) Terima kasih Lynn & Ain kerana berkongsi resepi..
DADIH
(Sumber: Lynn Sham)
bAHAN2
4300 ml air
15g agar-agar ( saya guna agar2 bertali 25 gm..)
350g susu tepung (saya guna susu segar 1 liter)
300g gula
Esen vanila secukupnya ( ganti sirap ros)
Secubit garam

cARA2
Rebus agar-agar dgn 3300ml air. Bila dah larut, masukkan gula & masak lagi hingga larut. Dalam bekas lain, campurkan susu tepung dgn air panas (1000ml). Larutkan. Masukkan dlm campuran agar-agar tadi. Masukkan juga esen vanila & secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api & tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Friday, March 4, 2011

Tomyam Udang & Telur dadar

Bila ibu dah malass... malas nak ke kedai.. malas nak masak bagai.. guna baki2 stok yg ada...potong2, campak2 n rebus..
bergandingan dengan telur dadar...sedap pulak tu .. tak sangka diluar jangkaan.. berlawan2 menambah nasi.. jom...

Wednesday, March 2, 2011

DULCE DE LECHE BROWNIES

Hasil bersilat di petang hari semalam.. walaupun rupa tak se ayu di dapur Ayu.. yg penting rasanya yg hebat.. dengan perangai tuan tanah yg kurang sabar nk menunggu brownies ni menyejuk .. begini lah rupa brownies de leceh yg terhasil selepas di potong2.. saya buat 2 adunan kerana loyang saya bersaiz 12" x 12".. dengan setin DDL jer.. rasa macam dah banyak .. tpi bila di potong2.. n makan .. masih mencari2 di mana DDL tu.. terasa tak puas mengunyah DDL.. untuk melihat hasil yang hebat boleh lah ke dapur AYU Curlybabe's Satisfaction ye.. TQ ayu kerana sudi berkongsi rspi..
Dulce de Leche Brownies
Adapted from The Sweet Life in Paris (Broadway Books) David Lebovitz
(Source: CURLYBABE'S SATISFACTION.)
Ingredients:
8 tablespoons salted or unsalted butter, cut into pieces-(Ayu used 115g)
6 ounces semisweet chocolate, finely chopped-(Ayu used 180g)
1/4 cup unsweetened Dutch-process cocoa powder-(25g)
3 large eggs
1 cup sugar-(225g- Ayu used 90-100g)
1 teaspoon vanilla extract
1 cup flour-(110g)
optional: 1 cup toasted pecans or walnuts, coarsely chopped-(Ayu didnt put this)
1 cup Dulce de Leche-(Ayu used 1 can dulce de leche)-or up to taste

Cooking Directions:
Preheat the oven to 350 degrees.(170c)
Line a 8-inch square baking dish with a sheet aluminum foil that covers the bottom up over the sides. If it doesn’t reach all the way up and over all four sides, cross another sheet of foil over it, making a large cross with edges that overhang the sides. Spray the bottom and sides of the foil with cooking spray.
In a saucepan melt butter, add the semi-sweet chocolate, stirring constantly over very low heat until the chocolate is melted. Remove from heat and whisk(Ayu used electric hand mixer) in the cocoa powder until smooth. Add in eggs one at a time, then stir in the sugar, vanilla, then the flour and nuts if using.

Pour half of the batter into baking dish. Spoon one-third of the Dulce de Leche, over the brownie batter evenly in dollops, then drag a knife or spatula through and swirl. Pour the remaining brownie batter over, then spoon the remaining Dulce de Leche in dollops over the top of the brownie batter. Use a knife or spatula to swirl the Dulce de Leche creating a marbled effect.

Bake for 35 to 45 minutes. The brownies center will be slightly firm when they are done. Remove from the oven and allow cool completely.
Sources:-From http://www.missinthekitchen.com

Tuesday, March 1, 2011

DULCE DE LECHE

Projek kecah2 dapur petang ahad.. kali ni rasa tergoda dengan DDL di dapur Ayu tu.. sebelum ni pernah juga melihatnya di dapur AlongRoz .. selepas tu Hana .. Noorsha pun ada.. masih berperasaan 'leceh jugak nk menyediahkan de leceh ni...' masa tu... setelah meneliti step2 yg diberi oleh Ayu... menjelma rasa keberanian utk menyediakannya.. memang teruja untuk menatap hasilnya selepas menunggu 1 jam ...
nk ber'riak' sikit.. multi purpose pressure cooker jenis non stick .. guna elektrik.. sayang nk guna lasak2.. takut meletup pulak.. hihihi
hahhh .. guna versi lama ni.. guna gas jer..
Hasil terbongkok2 mencari n membelek2 label.. condensed milk.. kalau jenis krimer mmg melambak2..

rebus 1 jam .. 4 tin sekali gus.. 2 tin nak beri pada kwn.. n 2 tin tuan tanah punya... terima kasih Ayu atas perkongsian info.. guna kaedah C.. seperti Ayu.. Lain2 info boleh tgok di dapur AYU yer..

DULCE DE LECHE.
Method(C)
Unopened can of condensed milk.
-I don’t see how dangerous this as, as canning is also done with unopened jars/cans in heated in boiling water for an amount of time. Just don’t leave the pot dry and the heat on. Read:http://www.mykitchensnippets.com/2008/05/dulce-de-leceh-cheesecake.html
1. Simmering a can of sweetened condensed milk for 2-3 hourshttp://notwithoutsalt.com/2009/09/12/dulce-de-leche/
2. Pressure Cooker : cook a can of unopened sweetened condensed milk for 30-40 minutes, everywhere on the internet.
3. Simmering in slow cooker/crockpot: http://www.mangiodasola.com/2010/01/crockpot-dulce-de-leche.html

I tried out method (C)2.Boiled them in pressure cooker. for 1hr.

hasilnya... tuan tanah dah tak sabar nk buke tin.. abis kemek2 tin dikerjakan...

Saturday, February 26, 2011

Donut Mayo & Pengat Pisang Tanduk..

Dessert basah tekak hari ini.. lepas masak ..sejukkan dalam peti ais.. selepas tukeluarkan .. baca Bismillah...(hingga habis) .. dan makanlah sesudu demi sesudu...
pisang tanduk (saja potong begitu) + biji sago + gula + garam + santan kotak jer + daun pandan..
Kerja2 mendonat yg dah lepas sebenarnya .. buat sebelah petang.. bila dah malam anak2 mcm tak layan pulak.. geram betul.. akhirnya buatlah donut frozen.. tpi terlebih goreng pulak.. cuma taklah sampai rentung.. pagi2 sempat goreng, nak ambik gambo pagi2 mmg tak munasabah kan.. ada yg dpt kuliah free pulak nnti.. yg sempat potong2 kecil untuk bekal ke sekolah..Resepi asal oleh Ros Jintanmanis yang memang hebat dengan resepi berjenis2 roti dan saya CP dari dapur Mas Duniaku.. terima kasih Ros dan Mas..

Donat Mayo

Resepi asal : Ros Jintanmanis
Bahan :
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis - Ros guna mayonis jenama kimball
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
(gambar ambik kt sekolah .........)
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Friday, February 25, 2011

CHOCOLATE OATS CRIPS

Agak sibuk jugak 2 - 3hari ni.. rabu dan khamis bertugas untuk acara akhir sebelum temasya sukan jun nanti .. dan hari ni nak ke pusat bowing di pacific mall bp .. ini biskut yang dibuat pada malam hari selasa lepas.. dah 2-3 kali saya menggunakan rspi ni .. ringkas n crispy ...terima kasih maklang azie..

Chocolate Oats Crips
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips(saya tambah sendiri)
Cara
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
6 Potong atau terap dan letak atas dulang.
7 Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.


Tuesday, February 22, 2011

KEPUTUSAN STPM 2010

(gambar : Ihsan mykampung.sinchew.com.)

Cerita semalam.. di SIN CHEW DAILY hari ini ... mungkin ada juga di akhbar lain.. cuma hari ni mmg rasa seronok walaupun tak boleh nak baca kerana mendapat liputan akbar berbahasa Cina .. akhbar berbahasa melayu mmg jarang kelihatan disini.. mungkin tiada menteri @ YB maka tiadalah kepentingan untuk membuat liputan.. fullstop zana .. hahaha.. Terima kasih Pn Lee kerana mengalih bahasa untuk kami..pada tahun ni SDBL mengekalkan pencapaian 100% untuk 3 th berturut2.. dengan 2 orang pelajar dari SDBL merupakan pelajar terbaik peringkat negeri Johor. Tahniah untuk semua pelajar ting 6 2010 serta semua warga pendidik di SDBL..
antara beberapa pelajar sastera yg mendapat keputusan cemerlang..
pelajar2 aliran sains yg mendapat keputusan cemerlang..

Monday, February 21, 2011

Cili Hijau Goreng Telur

Cuaca di luar panas.. dlm rumah pun panas.. kt sekolah pun panas juga.. result STPM diumumkan hari ni.. bertambah2 lagi panas.. jam 2.00-430 ptg tadi berjemur panas dengan pelajar2 kelab petanq mengadakan pertandingan petanq.. lagi panas.. berbelang2 muka jadinya.. balik rumah memang lah lapar sangat.. teringat sambal telur ala hasue di blog nya tempohari.. sungguh ringkas n meyelerakan .. layann.. abis nasi 2 pinggan... panas2 n pedas... TQ Hasue... atas rspi yg ringkas n sedap ini..

Cili hijau Goreng Telur
(Sumber: Hasue I Love My Live)
Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Sunday, February 20, 2011

Cekodok Pisang

Hari ni masak menu2 biasa jer.. asam pedas ikan mayong fav en hb, sup petola n ikan goreng.. kul 12 dah lunch... tak ada nk cerita sebenarnya.. cuaca diluar pun tengah panas.. nak keluar membeli barang dapur pun rasa malas.. petang2 memang sedap makan2.. n air teh 'o'
Cekodok pisang..tak susah menyediakannya.. kalau nk sedap pisang kene lebih n masak ranum tepung secukupnya, gula ikut rasa, sikit soda bicarbonat n garam, tak perlu letak air... guna jari2 jer untuk masukkan dalam kuali...

Saturday, February 19, 2011

Belimbing vs Asam Kulit Limau

Cuaca panas.. kepala rasa pening2 , makan pun rasa mcm tak lalu..memang best dapat makan buah2.. tabur pulak dengan asam kulit limau yang dikisar(pengisar kering) terlebih dahulu.. menyegarkan...

Tempee Goreng & Sambal Kicap

Hari ini hari persekolahan ganti.. semalam program Maulidur Rasul di sekolah.. tahun ni tak ada aktiviti rewang masak.. pihak sekolah menggunakan perkhidmatan Md Shah Nasi Bryani Batu Pahat untuk memasak 2 ekor lembu akikah , dalca dan nasi bryani.. so kuranglah kecah2 kt belakang dewan .. mood nk memasak pun mcm dah kurang sikit.. tambah2 cuaca panas masa ni.. smlm mkn nasi pun cuma jamah2 pun dah rasa pening2 lalat.. hari ni belasah sup tulang akikah pulak di kantin.. bertambahlah pening2 lalat n rasa loya.. naik mendadaklah kolestrol yg dah sedia ada ni.. jangan lupa makan ubat ibu!!!...

tempe goreng .. selalu goreng plain jer.. tetiba terasa nk gigit tempe yg ada ada ketumbar, jintan .. mmg sedap tempe digoreng begini..

Thursday, February 17, 2011

KEK PUDING KARAMEL 2..

Hajat hati nak makan kek yang beralun2 tu.. dalam pada tu terasa pula nak makan karamel.. bila rajin melompat dari satu blog ke satu blog gitulah jadinya.. Projek malam yang lepas.. kali ni buat versi lain.. versi berbelang2.. cuma lainkali saya nak tambah adunan karamel tu.. utk rspi ni rasa tak puas pulak makan karamelnya.. mungkin saiz loyang yang saya gunakan besar..untuk bahagian kek nya memang menjadi.. gebu n sedap.. terima kasih kepada pemilik resepi asal Pn Munira.. resepi saya CP dari dapur Teratak Impian.. terima kasih Kzai..

RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  • Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.


Wednesday, February 16, 2011

Nasi Goreng Cina & Tom Yam Ayam

Hari ni balik cepat.. balik cepat maksudnya tak sampai pukul 330 ptg kt sekolah.. kebetulan ada acara Sukantara di sekolah hari ni dan syamira tak bersekolah kerana demam.. balik rmh tgok banyak pulak nasi semalam.. nasi semalam mmg best buat nasi goreng.. lepas tu terasa nk menghirup kuih masam2.. si tomyam.. perggg.. memang sesuai gabungan nasi goreng cina yg pedas2 manja dengan tomyam ayam .. berpeluh2 makan di petang hari merangkap mkn malam sekali... resepi nasi goreng saya CP dari blog kak liza (Chef/Hanieliza's Cooking).. terima kasih kak..

NASI GORENG CINA
(Sumber: Hanieliza's Cooking)

BAHAN2
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan].. saya guna nasi semalam lebih 2 mgkuk..
2 biji telur.. boleh lebihkan
isi ayam.. (ayam budget nk buat tomyam..)
udang.. .
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
minyak
garam
2sb sos tiram ( saya tambah)
sos ikan (saya tambah)

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad.

Tomyam ayam... guna paste tomyam...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin